Saturday, April 11, 2009

5 Sebab dikenal pasti Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.

.

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet

1. Anda malas untuk membaca.

Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A“, “Rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya.

Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.

kita percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.

2. Malas untuk membuat kajian.

Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?

Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.

jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.

3. Malas untuk mencari jawapan.


Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.

Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. .

Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.

4. Takut untuk melabur.

Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksudnya ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka.

Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah:

* Membeli domain + hosting - Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

* Mengupah orang untuk update blog - Ini juga pelaburan yang perlu agar blog anda sentiasa ada informasi terkini kepada para pelawat.

* Membeli Majalah hiburan - Ini sudah tentu untuk mendapatkan berita sensasi terkini untuk dimuatkan di dalam blog anda.

* Menyertai kelab ahli - Anda juga perlu membayar untuk menyertai mana-mana membership yang menyediakan gambar-gambar dan berita-berita panas tentang dunia hiburan.

dan banyak lagi. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di Internet.

5. Takut untuk mencuba.

Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan.Terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati.

Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal!

Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya

Sekian

Rahsia membaca blog tanpa membuka internet browser

Anda gemar membaca blog tapi kesuntukan masa? Masa adalah emas bukan? Begitu juga dengan maklumat. Mulai hari ini anda tidak perlu risau lagi kerana saya akan tunjukkan bagaimana untuk membaca sejumlah blog dengan menggunakan antaramuka yang sama tanpa perlu berkunjung ke halaman blog tersebut menggunakan internet browser. Tapi sebelum itu saya akan memperkenalkan kepada anda apa itu RSS dan apa kaitannya dengan blog serta website.

Apa itu RSS?

RSS adalah singkatan nama kepada “Really Simple Syndication”, suatu format XML dibuat khusus untuk memaparkan berita bertujuan untuk berkongsi sesuatu maklumat melalui internet/web. kepada yang masih tidak faham lagi, secara ringkas RSS boleh di katakan sebagai suatu senarai berita yang dikongsi bersama dengan pengguna internet seperti anda dan saya.

Bagaimanakah RSS mememudahkan saya?

Katakan anda mempunyai 50 halaman web serta blog yang biasa dikunjungi setiap hari. Melayari website atau blog secara satu persatu dengan menggunakan pelayar internet (browser) memakan masa yang lama sehingga kepada beberapa jam sehari tetapi dengan RSS masa akan boleh dijimatkan kepada hampir separuh atau lebih. Dengan menggunakan perisian yang khas untuk RSS, anda boleh mendaftarkan blog atau website anda dan secara automatik kesemua tajuk berita and terpapar di dalam suatu senarai. Ini memungkinkan anda untuk mengimbas kesemua berita tadi dalam masa beberapa minit berbanding dengan beberapa jam mengguna teknik yang saya sebutkan tadi. Sangat menjimatkan masa!!!

Pembaca RSS (RSS Reader)

Perisian yang menyenaraikan tajuk berita blog atau website tadi digelar sebagai pembaca RSS atau RSS Reader. RSS Reader akan mengumpulkan kesemua tajuk berita (headline) daripada halaman blog atau website melalui RSS.

Bagaimana untuk mendaftar/subscribe RSS?

Caranya sangat mudah. Anda perlu klik pada tanda/logo RSS. Dengan cara tersebut anda seolah-olah memberitahu kepada sesuatu halaman blog atau website yang anda bersedia untuk menerima tajuk berita daripada mereka.

Perisian Pembaca RSS.

Terdapat banyak perisian yang disediakan secara percuma akan tetapi untuk artikel kali ini saya akan menyenaraikan tiga daripadanya. Mengapa agaknya banyak perisian pembaca RSS? Perkara ini berlaku kerana terdapatnya pelbagai variasi sistem operasi (Windows, Mac, Linux) serta berbagai variasi pelayar internet (EXplorer, AOL, safari, Firefox). Terdapat banyak jenis format variasi RSS seperti RSS 1.0, RSS 2.0 dan Atom. Anda tidak perlu risau akan itu asalkan anda merujuk kepada logo atau simbol yang betul di dalam satu-satu halaman blog atau website.

Perisian Sumber Terbuka

Saya hanya menyenaraikan tiga daripada pembaca RSS perisian sumber terbuka yang saya rasakan terbaik. Dua daripadanya adalah dalam bentuk perisian sistem manakala satu lagi adalah dalam bentuk web. Yang menariknya, ketiga-tiganya menyokong pelbagai sistem operasi. Dibawah ini saya senaraikan perisian tersebut

http://www.blogbridge.com/