Thursday, April 2, 2009

4 Top Tips to Find a Good Affiliate Program

Affiliate marketing is a pretty good way to promote a business and if its not something you are doing you could be at a disadvantage. The trouble is that there are so many programs out there it’s difficult to know where to go. I have developed some strategies for doing this that you should find helpful in find the right program for you.

Obviously the most important consideration is which affiliate program you join in the first place. So how do you decide?

1. Do your research

If you see that programme that looks like its going to make you the next super affiliate don’t jump straight in and join. Read reviews about it on the internet – you will have no problem finding them in Google. Just type in the name of the program then the word review afterwards. Also read more than one review as some are clearly written by people who are members of the said affiliate program so are biased.

2. Affiliate Support

What does the program offer in terms of support? It doesn’t matter how impressive the site looks in terms of banners, articles etc. If you cant get personal support. Before you even think of joining send some probing emails asking awkward questions What if? How? When? If you don’t get satisfactory answers if any at all – look elsewhere. Find out what they offer in terms of affiliate support and make sure they are specific about it too.

3. Affiliate Marketing Software.

You are going to need a fair bit of software to set up your website and maintain it in terms of tracking, additions, amendments etc. Adobe Dreamweaver is one of the best but its very expensive and has a bit of a steep learning curve.

Some affiliate programs offer an administrative interface that will build the website for you which is fine as long as the content is unique. These interfaces can do other things such as analyse website hits, sales etc. Fortunately the internet has a lot of free resources you can use. If you want to blog you can use blogger.com – its free and search engines love it. Then there is social networking sites like Digg. In fact you can affiliate market and make money with these alone without using your own website.

4. Marketing and Advertising Tools.

Ask yourself if you know how to market your website. You can’t just produce it and hope to make money from it if people do not know its there. This is a fundamental oversight that I encounter a lot. You join a program as a newbie then get no help whatsoever with promoting your site so you end up wasting your money. You need to Search Engine Optimise (SEO) your site, promote it using social networking, blogs, pay per click etc. If you aren’t getting this advice from the affiliate I would normally say move onto something else. But you may want to stay with the affiliate program if its good quality and learn SEO etc from the many free resources on the internet.

The very best of luck with your affiliate marketing ventures

written by Jay Jayesser

Wednesday, April 1, 2009

Cara memasang Feedburner

Tahukah anda apa itu Feedburner? Pada umumnya ia adalah servis untuk:

* Mengira berapakah bilangan pembaca/subscriber untuk blog anda
* Tools untuk Podcasting
* Boleh memasukkan Iklan Google Adsense kedalamnya (boleh buat duit)
* Memaklumkan pd enjin carian blog setiap kali anda ada post yg baru (trafik ke blog? seo?)
* Menggabungkan sekali dengan akaun Flickr, Amazon & feed dari Delicious

Langkah-langkah Pemasangan

1. Dapatkan url ataupun alamat ‘feed’ blog Wordpress anda yg asal (*rujuk cara dibawah)

2. Pergi ke Feedburner.com, anda mestilah register/login dulu dgn Feedburner

3. Bila dah login, sekarang ‘Paste’kan url feed anda yg asal pada ‘text box’ yg disediakan:
yg bertulis “Burn a feed right this instant. Type your blog or feed address here:” tapi jangan tanda apa2 pada “I am a podcaster!“

4. Sekarang klik ‘Next’, tggu sekejap kerana Feedburner tgh mengumpul data feed blog anda

5. Sekarang klik ‘Activate Feed!’: Satu notis akan dipaparkan bahawa feed Feedburner anda telahpun siap! tetapi untuk memasukkan satu ‘text box subscribe’ pd blog anda, sila ikuti step 6

6. Pada masa ni, sila klik ‘Skip directly to feed management’

7. Sekarang klik pd tab link ‘Publicize’

8. Di sebelah kiri, klik ‘Email Subscriptions: Offer feed updates via email’

9. Sekarang pilih ‘Feedburner’ sebagai pilihan, lepas tu klik ‘Activate’

10. Di langkah terakhir ini, akan keluar satu halaman yg memaparkan ‘Subscription Management’-
di sini ada dua jenis kod yg disediakan. ‘Subscription Form Code‘ dan juga ‘Subscription Link Code‘. Apa yg kita perlukan adalah ‘Subscription Form Code‘ (kod yg lebih pnjg). Sekarang anda ‘Copy’ sahaja semua kod itu, dan ‘Paste’kan pada ‘Notepad’ terlebih dahulu. (Ikuti step 11 atau 12)

11. Login ke Wordpress panel anda, pergi ke link ‘Design’, jika tema blog anda menggunakan ‘Widget’, sekarang klik Widgets. Klik ‘Add Text’. Klik ‘Save Changes’. Lepas tu klik ‘Edit’ Text tadi. Sekarang ‘Paste’kan kod Feedburner tadi di ruangan yg tersedia. Klik ‘Change’ dan klik ‘Save Change’ sekali lagi. Sekarang sudah siap jika anda menggunakan tema Widget-based.

12. Jika tema Wordpress anda tidak menggunakan widget, klik tab ‘Design’ , klik ‘Theme Editor’, dan pilihlah file mana yg anda mahu edit. Kebiasaannya ‘Sidebar.php’. Sekarang ‘paste’kan kod Feedburner tadi di bahagian mn yg anda rasa perlu. Klik ‘Update File’ dan Siap! Untuk step ini, anda perlu bereksperimen sendiri di bahagian mana anda mahu ‘Subscribe Box’ itu dipaparkan ok!

*cara untuk mendapatkan link feed url default bagi blog Wordpress anda, cuba salah satu dari dibawah:

* http://DomainAnda.com/feed/rss2/
* http://DomainAnda.com/wp-rss.php
* http://DomainAnda.com/wp-rss2.php
* http://DomainAnda.com/wp-rdf.php
* http://DomainAnda.com/wp-atom.php
~tukarkan ‘DomainAnda’ kepada nama betul domain anda.

Cara untuk mengujinya betul atau salah adalah anda mencuba sendiri url tersebut di browser internet anda.

Tuesday, March 31, 2009

Teknik mudah melariskan jualan online

Antara KESILAPAN utama didalam internet marketing
ialah TIDAK melakukan follow up.

Dan ini adalah "The Most BASIC Technique" didalam
internet marketing.



1.Dapatkan niche produk yang orang MAHU!

2. Pastikan surat jualan mempunyai "High
Conversion Sales"

3. Harga produk yang mampu dibeli

4.Bina list dengan memberikan "laporan Percuma"



PENTING: Penggunaan follow up marketing ini bukan
sahaja pada mereka yang mempunyai laman web
sendiri. Ianya juga untuk mereka yang melakukan
pemasaran affiliate.

ia merupakan kesilapan utama sekiranya
Anda tidak melakukan follow up.

Katakan Anda mempromosikan satu
affiliate produk yang mana surat jualannya
mempunyai 10% conversion sale...

Bermakna setiap 100 pengunjung 10 orang akan
membeli daripada laman web tersebut melalui
pautan affiliate Anda...satu soalan
yang perlu Anda tanyakan...

BAGAIMANA DENGAN BAKI 90% PENGUNJUNG??

1. Mereka akan lupa laman web yang
Anda rekomenkan

2. Perhatian mereka akan teralih kepada produk
yang lain

3.] Mereka akan belanja wang mereka untuk produk
yang lain

4. Mereka beli produk yang sama tetapi daripada
orang lain

Yang jelas - Mereka tidak membeli dari produk Anda

Secara fakta... di internet, LAMAN WEB YANG AKHIR
PENGUNJUNG DATANG itu yang akan membuat jualan.

Sebab itu sangat penting dan satu yang MESTI
Anda lakukan, iaitu MENGINGATKAN
subscriber supaya mengunjungi laman web yang
Anda rekomenkan.

Bagaimana?... Teruskan follow-up Marketing

Penggunaan AUTORESPONDER secara effektifnya akan
memudahkan kerja-kerja follow up kerana
Anda boleh setkan follow up mesej ini
secara automatik tanpa perlu menghantar setiap
mesej ke setiap subsciber secara manual satu per
satu.

Bayangkan ada pengunjung dari USA yang subscribe
ke mailinglist Anda sedangkan waktu
online mereka adalah waktu tidur
Anda

Adakah mereka perlu menunggu 8 jam sehingga
Anda bangun tidur untuk menenerima
email download link laporan percuma yang mereka
request dari Anda?

Ini sangat TIDAK effektif kerana Anda
perlu memahami iaitu mereka yang memasukkan nama dan
email di squeezepage Anda untuk
mendapatkan laporan percuma, pada saat dan ketika
itu "MOOD" ingin tahu mereka itu tinggi dan
potensi besar untuk mereka membeli produk juga tinggi.

Jadi dengan penggunaan autoresponder,
Anda boleh setkan mesej pertama
sebaik sahaja mereka konfirmkan nama dan email
mereka mengandungi ucapan terima kasih dan
penghargaan berserta dengan download link laporan
percuma yang boleh mereka download waktu itu
juga.

Kalau 100 orang subscribe pada waktu yang sama,
sistem autoresponder Anda akan
menghantar secara automatik ke seratus subscriber
tersebut tanpa Anda melakukan
apa-apa.

Ianya sangat EFFEKTIF!

Itu mesej pertama...

Mesej kedua pula, Anda buat follow up
tanyakan mereka bagaimana dengan download link
yang Anda berikan pada beberapa hari
yang lepas...tanyakan sekiranya mereka perlukan
bantuan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Anda, bukan semua
mereka yang download laporan percuma yang
Anda berikan akan membaca laporan
tersebut dan ada juga yang hanya selak-selak
baca.

Jadi pada email follow up mesej seterusnya
Anda boleh mengulas topik-topik
ringkas yang Anda tuliskan didalam
laporan percuma tersebut sekadar untuk
mengingatkan mereka.

Kongsikan tips dan buat hubungan baik dengan
mereka.

Jangan sekali-kali menghantar email promotion
setiap masa kepada mereka.

Anda suka tak salesman datang ke
rumah ANDA setiap hari dan minta
Anda beli produk mereka?... pastinya
Anda akan menyampah!

Begitu juga didalam perniagaan online, mereka
akan unsubscribe dari mailinglist
Anda

Jadi jangan menghantar email promotion sebaliknya
hantar email yang penuh informasi berkenaan topik
yang Anda rekomenkan.

Diakhir email Anda boleh sertakan
pautan affiliate.

Mendapatkan subscriber tidak lah sesusah untuk
menjaga mereka.

Sekiranya Anda lakukan follow up ini
dengan betul, Anda akan dapat lihat
jualan yang terhasil setiap hari secara automatik
walaupun ketika Anda tidur.

Ini adalalah link yang popular digunakan oleh pemilik jualan dan pakar affiliate untuk bertindak balas dengan prospek (pembeli)

http://www.getresponse.com/
http://www.aweber.com/

Sunday, March 29, 2009

10 Rahsia Kejayaan Pemasaran Di Forum

10 Rahsia Kejayaan Pemasaran di Forum (Bhg 2)

…sambungan dari bahagian 1.

6) Luangkan sedikit masa bersantai

Usah terbiri-buru untuk terus membuat posting selepas anda mendaftar. Perhatikan terlebih dahulu suasana di forum tersebut, bagaimana ahli-ahlinya berinteraksi, apakah topik yang menjadi kegemaran dan mendapat sambutan hangat, kenalpasti ahli-ahli yang berpengaruh dan sebagainya. Mengetahui perkara ini, akan membolehkan anda untuk “masyuuk” dan “berteman tapi mesra” dengan lebih cepat lagi di dalam forum tersebut.

7) Berikan sumbangan yang bernilai kepada komuniti

Ini adalah kunci kejayaan kepada kaedah “pemasaran menerusi forum”. Apabila ada ahli yang bertanya, terutamanya yang berkaitan dengan produk atau servis anda, berikan jawapan yang mampu membantu mereka, beserta fakta-fakta atau sumber-sumber rujukan yang sesuai jika ada. Elakkan mempromosikan perniagaan anda sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut di post-post terawal. Ini kerana, ia akan membuatkan jawapan anda itu kelihatan “bias” .

Dengan memberikan jawapan yang ikhlas, ahli-ahli kmuniti akan mula menganggap anda sebagai seorangyang mahir dan boleh dipercayai dan akhirnya, mungkin akan meminta “nasihat dan rekemen” dari anda. Pada waktu ini, barulah anda boleh ceritakan serba sedikit tentang perniagaan anda.

8) Letakkan URL anda di bahagian “signature”

Signature adalah merupakan satu ruangan yang akan diletakkan secara automatik pada setiap post yang and alakukan di dalam forum. Ianya bolehberbentuk gambar ataupun tulisan. Kebanyakkan orang, meletakkan “kata-kata hikmah” ataupun link ke website kegemaran mereka. Jadi, sebagai seorang usahawan, anda perlulah mengambil peluang ini dengan meletakkan url website anda dan juga sedikit ayat-ayat promosi atau maklumat mengenai perniagaan anda di ruangan tersebut

9) Jauhi “drama samarinda”

Elakkan dari memulakan atau melibatkan diri di dalam perbincangan yang “panas” , ianya sesuatu yang memalukan jika anda di”ban” kerana mencaci ahli lain semata-mata ingin menyatakan mawi tidak akan bahagia apabila berkahwin dengan ekin.

Ini ada beberpa tips untuk mengelakkan diri anda dari terjebak sebagai “pelakon extra drama samarinda”:-

  • Selalu ingatkan diri and amengenai misi dan tujuan anda menyertai forum tersebut, ianya adalah untuk membina imej yang baik untuk perniagaan anda.
  • Elakkan dari berbincang mengenai isu-isu panas berkaitan politik, agama dan kaum.
  • Gunakan fungsi emoticon untuk mempamerkan airmuka anda yang ceria sewaktu menulis post tersebut

10) Hasilkan kempen yang memberikan manfaat kepada semua pihak “win-win”

Setelah anda sudah mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli forum, maka bolehlah and amulakan kempen pemasaran perniagaan anda dengan lebih agresif. Hasilkan kempen pemasaran yang dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli forum seperti, kupon istimewa untuk ahli forum, bonus-bonus khas, sample percuma, ataupun menganjurkan satu pertandingan yang menyeronokkan.

Itulah antara 10 tips yang boleh anda amalkan untuk menghasilkan strategi “pemasaran forum” yang berkesan untuk perniagaan anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Yosh!

Artikel ini ditulis oleh http://www.mohdsuhaimy.com/


10 Rahsia Kejayaan Pemasaran Di Forum

10 Rahsia Kejayaan Pemasaran di Forum (Bhg 1)

Pemasaran di forum adalah satu kaedah pemasaran online yang sangat efektif. Ini kerana, ahli-ahli forum selalunya terdiri daripada golongan pengguna yang mempunyai kemahiran “IT” dan bersedia untuk membuat pembelian secara online. Dasar kepercayaan yang terbina diantara ahli di dalam forum juga meningkatkan lagi “conversion rate” bagi setiap promosi jualan yang diadakan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk membina startegi pemasaran anda menerusi forum

1) Pilih Forum Yang Betul

Tidak semua forum di internet adalah berbaloi untuk anda meluahkan masa. Langkah pertama untuk anda menjalankan aktiviti “pemasaran menerusi forum” adalah, dengan mencari forum atau komuniti yang tepat untuk target market perniagaan anda.

Anda boleh mula mencari forum-forum yang berkaitan dengan niche perniagaan anda menerusi enjin carian, ataupun bertanya kepada bekas-bekas pelanggan anda, dimana mereka selalu berforum dan melepak di internet?

Senaraikan beberapa forum yang anda rasakan berbaloi untuk anda meluangkan masa menyertainya. Antara ciri-ciri forum yang sesuai untuk anda menjalankan “aktiviti pemasaran menerusi forum” ialah :-

* Pastikan forum tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 ahli dan 10,000 post.
* Pastikan forum tersebut “hidup” dan menerima sekurang-kurangnya 10 post terbaru setiap hari.
* Abaikan forum yang hanya dipernuhi dengan mesej-mesej spam

2) Daftar secepat mungkin

Di dalam berkomuniti, “seniority” kadangkala menajdi salah satu faktor penting. Malahan, ada sesetengah forum yang tidak membenarkan ahli mereka membuat sebarang thread baru pada beberapa hari yang pertama mereka mendaftar.

Pemasaran menerusi forum sebaiknya dijadikan sebagai satu strategi “tetap” untuk perniagaan anda dalam jangka masa panjang . Kaedah promosi secara “hit & run” adalah tidak berkesan di forum.

3) Semak polisi, syarat serta etika forum

Setiap forum mempunyai polisi serta syarat yang berbeza-beza. Ada sesetengah forum tidak membenarkan sebarang link komersial di letakkan di dalam post, tetapi membenarkan ia diletakkan di bahagian signature. Jadi, sila semak dan patuhi polisi dan etika setiap forum yang anda sertai agar kehadiran anda sebagai ahli komuniti forum tersebut disenangi.

4) Pilih Username & avatar yang baik

Username dan avatar adalah merupakan perkara pertama yang dilihat oleh ahli forum untuk mengenali anda. Username yang baik adalah username yang berkaitan dengan “brand” anda. Dan pastikan juga, ianya senang diingat dan mudah disebut. Begitu juga dengan avatar, seeloknya, pilih avatar yang berkaitan dnegan “brand” perniagaan anda. Elakkan avatar yang “kontroversi” dan menjelikkan.

5) Perkenalkan Diri Anda

Kebanyakkan forum, ada menyediakan ruangan khusus untuk ahli-ahli baru memperkenalkan diri mereka. Jadi, ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan diri anda, sedikit penerangan tentang pekerjaan, minat dan sebab mengapa anda menyertai forum tersebut. Mungkin untuk menambah ilmu disamping menyumbangkan ilmu. Elakkan ayat berbaur “promosi” pada post anda yang pertama.

Bersambung..

Untuk memastikan anda tidak ketinggalan membaca sambungan artikel ini , sila subscribe RSS blog ini menerusi email, dengan memasukkan alamat email anda, diruangan yang disediakan , di muka hadapan blog ini.

Yosh!

Artikel ini ditulis oleh www.mohdsuhaimy.com