Wednesday, April 1, 2009

Cara memasang Feedburner

Tahukah anda apa itu Feedburner? Pada umumnya ia adalah servis untuk:

* Mengira berapakah bilangan pembaca/subscriber untuk blog anda
* Tools untuk Podcasting
* Boleh memasukkan Iklan Google Adsense kedalamnya (boleh buat duit)
* Memaklumkan pd enjin carian blog setiap kali anda ada post yg baru (trafik ke blog? seo?)
* Menggabungkan sekali dengan akaun Flickr, Amazon & feed dari Delicious

Langkah-langkah Pemasangan

1. Dapatkan url ataupun alamat ‘feed’ blog Wordpress anda yg asal (*rujuk cara dibawah)

2. Pergi ke Feedburner.com, anda mestilah register/login dulu dgn Feedburner

3. Bila dah login, sekarang ‘Paste’kan url feed anda yg asal pada ‘text box’ yg disediakan:
yg bertulis “Burn a feed right this instant. Type your blog or feed address here:” tapi jangan tanda apa2 pada “I am a podcaster!“

4. Sekarang klik ‘Next’, tggu sekejap kerana Feedburner tgh mengumpul data feed blog anda

5. Sekarang klik ‘Activate Feed!’: Satu notis akan dipaparkan bahawa feed Feedburner anda telahpun siap! tetapi untuk memasukkan satu ‘text box subscribe’ pd blog anda, sila ikuti step 6

6. Pada masa ni, sila klik ‘Skip directly to feed management’

7. Sekarang klik pd tab link ‘Publicize’

8. Di sebelah kiri, klik ‘Email Subscriptions: Offer feed updates via email’

9. Sekarang pilih ‘Feedburner’ sebagai pilihan, lepas tu klik ‘Activate’

10. Di langkah terakhir ini, akan keluar satu halaman yg memaparkan ‘Subscription Management’-
di sini ada dua jenis kod yg disediakan. ‘Subscription Form Code‘ dan juga ‘Subscription Link Code‘. Apa yg kita perlukan adalah ‘Subscription Form Code‘ (kod yg lebih pnjg). Sekarang anda ‘Copy’ sahaja semua kod itu, dan ‘Paste’kan pada ‘Notepad’ terlebih dahulu. (Ikuti step 11 atau 12)

11. Login ke Wordpress panel anda, pergi ke link ‘Design’, jika tema blog anda menggunakan ‘Widget’, sekarang klik Widgets. Klik ‘Add Text’. Klik ‘Save Changes’. Lepas tu klik ‘Edit’ Text tadi. Sekarang ‘Paste’kan kod Feedburner tadi di ruangan yg tersedia. Klik ‘Change’ dan klik ‘Save Change’ sekali lagi. Sekarang sudah siap jika anda menggunakan tema Widget-based.

12. Jika tema Wordpress anda tidak menggunakan widget, klik tab ‘Design’ , klik ‘Theme Editor’, dan pilihlah file mana yg anda mahu edit. Kebiasaannya ‘Sidebar.php’. Sekarang ‘paste’kan kod Feedburner tadi di bahagian mn yg anda rasa perlu. Klik ‘Update File’ dan Siap! Untuk step ini, anda perlu bereksperimen sendiri di bahagian mana anda mahu ‘Subscribe Box’ itu dipaparkan ok!

*cara untuk mendapatkan link feed url default bagi blog Wordpress anda, cuba salah satu dari dibawah:

* http://DomainAnda.com/feed/rss2/
* http://DomainAnda.com/wp-rss.php
* http://DomainAnda.com/wp-rss2.php
* http://DomainAnda.com/wp-rdf.php
* http://DomainAnda.com/wp-atom.php
~tukarkan ‘DomainAnda’ kepada nama betul domain anda.

Cara untuk mengujinya betul atau salah adalah anda mencuba sendiri url tersebut di browser internet anda.

No comments:

Post a Comment