Strategi Pemasaran Produk Affiliate Yang Terbukti Berkesan!
Salah satu cara menjana pendapatan di Internet tanpa mencipta produk sendiri ialah dengan menjadi rakan kongsi untuk produk yang sedia ada, dan jual kembali produk tersebut untuk mendapat peratusan komisyen yang telah ditetapkan.
Ianya dinamakan program affiliate (atau rakan kongsi) dan MLM online juga tergolong di dalam kategori ini.
Sebagai contoh, ebook “Rahsia Perniagaan Digital” mempunyai program affiliate yang tersendiri. Anda boleh daftar sebagai affiliate di http://www1.bisnesdigital.com/jv dan sekiranya anda berjaya menjual ebook “Rahsia Perniagaan Digital” sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen 50% bagi setiap jualan iaitu besamaan RM18.95. Semua urusan pengiriman produk, masalah pelanggan atau pengiriman komisyen akan diuruskan oleh pihak “Rahsia Perniagaan Digital”. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memasarkan ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini dengan menggunakan pautan (link) affiliate anda.
Walaubagaimanapun, memasarkan produk affiliate juga memerlukan strateginya yang tersendiri kerana anda perlu dedahkan link affiliate anda kepada seberapa ramai bakal pembeli yang mungkin, tanpa melakukan SPAM. Semakin besar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.
Jadi di sini saya akan terangkan salah satu cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang mampu menghasilkan jualan dan juga memperkembangkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tetapi, sebelum itu, mari kita lihat dahulu infrastruktur yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini..
Berikut ialah peralatan yang anda perlukan:
* “Squeeze Page atau Opt-in Page”. (dalam bahasa Malaysia, saya namakan laman web “Borang Langganan”).
Laman web “Borang Langganan” ialah bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli produk affiliate anda meninggalkan nama dan alamat e-mel mereka untuk anda hubungi di kemudian hari. Di laman web ini cuma ada beberapa maklumat penting mengenai perniagaan anda dan satu borang langganan percuma.
Apa yang selalu saya berikan di sini ialah satu e-kursus percuma selama beberapa hari. Jadi saya nyatakan di laman web ini seperti “E-kursus Perniagaan Digital Selama 5 Hari Percuma. Langgan Sekarang Dengan Memasukkan Nama Dan Alamat E-Mel Anda” atau yang seumpamanya.
Sesiapa yang berminat dengan apa yang saya tawarkan akan meninggalkan nama dan e-mel mereka di dalam borang yang saya sediakan di laman web ini.
* Autoresponder
Ini merupakan perisian yang dapat membantu anda menguruskan senarai nama pelanggan dan bakal pembeli anda. Saya pernah menggunakan autoresponder yang dipasangkan di pelayan web saya sendiri namun saya dapati ianya lebih mudah untuk menggunakan servis yang dikendalikan oleh mereka yang profesional. Jadi, saya amat syorkan anda menggunakan GetResponse atau Aweber. Elakkan penggunaan autoresponder yang percuma kerana jika anda ingin perniagaan anda berkembang pada masa akan datang, anda tidak ingin mengambil risiko masalah yang selalu berkaitan dengan servis autoresponder percuma.
Di dalam autoresponder ini, masukkan e-kursus yang anda tawarkan. Ianya merupakan siri mesej berkaitan e-kursus anda dalam format 5 atau 7 e-mel. Emel ini ditulis terlebih dahulu dan diprogramkan ke dalam autoresponder berbayar anda untuk menghantar mesej ini pada tempoh-tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, e-mel pertama akan dihantar sebaik sahaja bakal pembeli anda memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang langganan anda. Emel kedua dihantar 2 hari kemudian, dan begitulah seterusnya. Dan penghantaran emel ini sebenarnya berjalan secara automatik hasil daripada penggunaan autoresponder anda.
Kos keseluruhan infrastruktur ialah untuk autoresponder, nama domain dan webhosting.
Selepas anda menyediakan infrastruktur yang diterangkan di atas, anda sekarang sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya – iaitu mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda. Sila jangan keliru di sini kerana anda tidak cuba untuk mempromosikan sebarang laman web affiliate pada masa ini lagi.
Anda akan mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda supaya anda boleh menambahkan seramai mungkin nama dan e-mel bakal pembeli anda ke dalam pengkalan data (database) autoresponder anda. Kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak jualan meningkat apabila anda mempunyai senarai nama sasaran yang besar.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekatOleh Zamri Nanyan






















No comments:
Post a Comment