Sunday, March 29, 2009

10 Rahsia Kejayaan Pemasaran Di Forum

10 Rahsia Kejayaan Pemasaran di Forum (Bhg 2)

…sambungan dari bahagian 1.

6) Luangkan sedikit masa bersantai

Usah terbiri-buru untuk terus membuat posting selepas anda mendaftar. Perhatikan terlebih dahulu suasana di forum tersebut, bagaimana ahli-ahlinya berinteraksi, apakah topik yang menjadi kegemaran dan mendapat sambutan hangat, kenalpasti ahli-ahli yang berpengaruh dan sebagainya. Mengetahui perkara ini, akan membolehkan anda untuk “masyuuk” dan “berteman tapi mesra” dengan lebih cepat lagi di dalam forum tersebut.

7) Berikan sumbangan yang bernilai kepada komuniti

Ini adalah kunci kejayaan kepada kaedah “pemasaran menerusi forum”. Apabila ada ahli yang bertanya, terutamanya yang berkaitan dengan produk atau servis anda, berikan jawapan yang mampu membantu mereka, beserta fakta-fakta atau sumber-sumber rujukan yang sesuai jika ada. Elakkan mempromosikan perniagaan anda sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut di post-post terawal. Ini kerana, ia akan membuatkan jawapan anda itu kelihatan “bias” .

Dengan memberikan jawapan yang ikhlas, ahli-ahli kmuniti akan mula menganggap anda sebagai seorangyang mahir dan boleh dipercayai dan akhirnya, mungkin akan meminta “nasihat dan rekemen” dari anda. Pada waktu ini, barulah anda boleh ceritakan serba sedikit tentang perniagaan anda.

8) Letakkan URL anda di bahagian “signature”

Signature adalah merupakan satu ruangan yang akan diletakkan secara automatik pada setiap post yang and alakukan di dalam forum. Ianya bolehberbentuk gambar ataupun tulisan. Kebanyakkan orang, meletakkan “kata-kata hikmah” ataupun link ke website kegemaran mereka. Jadi, sebagai seorang usahawan, anda perlulah mengambil peluang ini dengan meletakkan url website anda dan juga sedikit ayat-ayat promosi atau maklumat mengenai perniagaan anda di ruangan tersebut

9) Jauhi “drama samarinda”

Elakkan dari memulakan atau melibatkan diri di dalam perbincangan yang “panas” , ianya sesuatu yang memalukan jika anda di”ban” kerana mencaci ahli lain semata-mata ingin menyatakan mawi tidak akan bahagia apabila berkahwin dengan ekin.

Ini ada beberpa tips untuk mengelakkan diri anda dari terjebak sebagai “pelakon extra drama samarinda”:-

  • Selalu ingatkan diri and amengenai misi dan tujuan anda menyertai forum tersebut, ianya adalah untuk membina imej yang baik untuk perniagaan anda.
  • Elakkan dari berbincang mengenai isu-isu panas berkaitan politik, agama dan kaum.
  • Gunakan fungsi emoticon untuk mempamerkan airmuka anda yang ceria sewaktu menulis post tersebut

10) Hasilkan kempen yang memberikan manfaat kepada semua pihak “win-win”

Setelah anda sudah mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli forum, maka bolehlah and amulakan kempen pemasaran perniagaan anda dengan lebih agresif. Hasilkan kempen pemasaran yang dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli forum seperti, kupon istimewa untuk ahli forum, bonus-bonus khas, sample percuma, ataupun menganjurkan satu pertandingan yang menyeronokkan.

Itulah antara 10 tips yang boleh anda amalkan untuk menghasilkan strategi “pemasaran forum” yang berkesan untuk perniagaan anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Yosh!

Artikel ini ditulis oleh http://www.mohdsuhaimy.com/


No comments:

Post a Comment